THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

DiRiKu...DiaRiku,,Hidupku..Hobiku...

DiRiKu...DiaRiku,,Hidupku..Hobiku...

SiaPaKaH AkU??

Followers

Sunday, February 15, 2009

BUAt MaTa YanG MeNaNgis
















Duhai mata yang sedang menangis...
Mungkin tika ini kau sedang bahagia,
Mungkin juga kau sedang berduka..
Apa pun situasimu,
Air yang mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah S.W.T yang tak terhingga..
Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa...
Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis...

Duhai mata yang menangis...
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis..
Usah ditahan tangisan itu..
Luahkan dengan rasa takut dan harap pada Allah ...
Benar,tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu...
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu..
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok......





0 comments: