THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

DiRiKu...DiaRiku,,Hidupku..Hobiku...

DiRiKu...DiaRiku,,Hidupku..Hobiku...

SiaPaKaH AkU??

Followers

Friday, July 29, 2011

NgauMan TiDaK LaGi KeDeNgaRaN


Akhirnya berakhir juga cabaran sang harimau Malaya dalam pusingan kelayakan piala dunia 2014, setelah sekian lama mencipta kejayaan demi kejayaan. Sang singa ‘kerdil’ yang mengimport ‘singa’ luar menunjukkan jalan keluar kepada Malaysia akhirnya. Dimana silapnya?? Adakah kita terlalu ego sampai tidak menoleh kebawah langsung sewaktu mendaki ke puncak??

Pandangan aQ, perlawanan semalam hanya 2 pemain yang ‘bermain’ bola dengan betul..KHAIRUL FAHMI dan SAFEE SALI…dua nama yang sememangnya layak bergelar hero..bukan hendak memuji melangit..tetapi saya rasa semua peminat Nampak semangat dan kesungguhan mereka selain semangat 90 000 penyokong harimau Malaya.

Kadang-kadang ada kawan bertanya..kenapa hadi yahya yang diturunkan bersama safee Sali??bingung juga aQ untuk menjawab, aQ hanya cakap beliau adalah penjaring terbanyak liga super. Kembali si kawan berkata…apa yang mampu beliau lakukan kalau hanya menunggu bola. Tidak langsung berlari turun atau membuka permainan..apa pula peranan ismail faruqi?? aQ hanya diam seribu bahasa terus menyaksikan permainan tersebut dengan penuh minat…

Apa yang bermain di benak aQ pada masa tersebut ada benarnya juga kata-kata ‘kawan’ tadi…kenapa tidak diturunkan saja badrol atau ashaari…mereka lebih mempunyai skill. Badrol pula mampu melakukan sesuatu dari bola mati. Beliau telah membuktikannya dalam beberapa perlawanan sewaktu bermain bersama kedah. Sekurang-kurangnya mampu juga menanmpung ketiadaan safiq rahim,pakar sepakan percuma (bola mati) Negara setakat ini.

Pada aQ, semua posisi ada kepincangannya….rajagopal dengan angkuhnya tidak mahu memanggil pemain ‘luar’ untuk mengawal posisi pertahanan. Beliau memperjudikan aidil yang tidak cergas sepenuhnya..padahal ada pemain ‘luar’ yang betul2 cergas untuk diturunkan. Beliau lebih percayakan muslim dan fadhli untuk mengemudi bahagian pertahanan tengah Negara. Akibatnya…..??pada masa yang sama ramai peminat melihat bagaimana berwibawanya subra menggemudi bahagian benteng Negara ketika Malaysia tewas secara konstrovesi kepada Chelsea….beliau cukup cergas..mungkin raja akan cakap subra tidak akan serasi dengan aidil dan fadhli ataupun muslim kerana tidak pernah bermain bersama….tetapi sedarkah beliau yang subra berganding cukup baik dengan farisyam atau rizal fahmi….mereka dikatakan benteng yang cukuh ampuh dan sukar ditembusi semasa saingan liga super..mereka ada ketinggian, ada kelajuan dan kefahaman yang cukup baik..

Dibahagian tengah pula, dapat dilihat betapa sukarnya amar untuk menguasai bahagian tersebut setelah ketiadaan safiq rahim…pemilihan ismail faruqi nyata keputusan yang salah!! Tambah pula dengan kemasukkan fakhri….!! Main tak sampai 30 minit dilayangjan dua kad kuning dan seterusnya kad merah…apa yang difikirkan raja agaknya???sedarkah beliau fakhri mengalami kecederaan sepangjang musim…terfikir juga aQ, apakah criteria sebenarnya untuk menjadi pemain Negara?? Adakah anda perlu cedera sepanjang musim untuk dipilih bermain dengan skuad Negara??kalau begitu…nor hafiz juga layak…

Pada aQ elok kalau amirul hadi digandingkan di bahagian serangan bersama safee kerana mereka serasi bersama, bahagian tepi pula letakkan saja kunalan,badrul…dan jentera tengah diletakkan amar dan juga ashaari…sekurang-kurangkan ashaari dan badrul serta kunalan mampu bertukar-tukar posisi sayap bagi mengelirukan pertahanan singapura.

Lastly, pemilihan khairul fahmi pula tiada cacat celanya….beliau begitu gagah dan tangkas menangkis segala asakan dari pemain singapura…BERTARAF DUNIA!!!itu yang mampu aQ katakan…


Safee Sali juga menunjukkan mutu permainan yang berada di kelas tersendiri…

kalau berani memperjudikan aidil di bahagian pertahanan…kenapa tidak berani memperjudikan nor shahrul di bahagian serangan???


TEARS OF FRUSTRATION... Striker Norshahrul Idlan Talaha, who could not play in last night’s match because of injury, being consoled by his wife while watching the World Cup qualifier second leg between Malaysia and Singapore at the National Stadium in Bukit Jalil. The match finished 1-1, ending Malaysia’s campaign. — NST picture by Osman Adnan
Apapun tahniah aQ ucapkan kepada HARIMAU MALAYA……!!!

0 comments: