Kelembutan kalbu bergetar
Dalam diam terpana cahaya di lorong sepi
Bisa menangis, berdiri dalam kepayahan
Kecewa lagi, suratan tertulis, Lauh Mahfuz
Rindu pada-Nya kini menggamit kembali
Tersedar dalam mimpi yang panjang
Akukah yang bersalah?
Atau Dia sahaja yang memang benar
Ya, Dia Maha Mengetahui
Menyedarkan aku kembali kepada-Nya
Mengusap lembut ingatanku
Adakah hidup perlu begini?
Bahagia sekelumit dirasai
Atau aku yang tidak mensyukuri
Ya, nikmat Dia luas
Hingga tidak sempat diamati
Setabah citaku pada-Mu
Secekal rinduku pada kekasih-Mu
Aku tahu ini ikhtibar dari-Mu
Tanda kasih cinta-Mu sentiasa mengingatiku
Sekalung syukur pada yang Mencipta
Kesedaran ini masih belum lewat
Mengutip setiap helaian pengajaran
Di dada bumi-Mu
Bawah rimbunan nikmat-Mu
Kini, cinta-Mu Ya Allah
Mengiringiku dalam perjuangan hayat
Bagi insan bernama manusia..
Sunday, May 2, 2010
sEcEbis KesEdaRan....
Posted by jaRi jeMaRi at 3:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment